Tuesday, 22 July 2014

it was you, it is you, it will be you 10


                “Itik?” Arif memandang pemuda di hadapannya. Amir Ikhwan turut menoleh. Mukanya berubah. Terkejut bercampur keliru apabila melihat sepupunya di situ. Laju akalnya berfikir apakah hubungan antara Arif dan Dayana sehingga mereka kelihatan begitu mesra seperti sudah kenal bertahun-tahun.

                Dayana hairan melihat dua orang pemuda tersebut yang kelihatan seperti sudah begitu lama kenal. ‘Apa pulak diorang berdua ni? Aku yang tersepit ni haa.’ Dayana resah apabila matanya bertembung dengan sepasang mata Amir Ikhwan. Pemuda itu mengecilkan mata memandang Dayana.

                “Kau kenal Dee?” Arif menyoalnya tatkala melihat pandangan Amir Ikhwan kepada wanita tersebut. Amir Ikhwan menoleh kea rah sepupunya. Kemudian memandang kembali gadis itu.

                “Arif, kau kenal Dayana ni dah lama ke? Sejak bila?” Sepasang mata Amir Ikhwan masih melekap di wajah Dayana. Dia lihat wajah gadis itu tampak resah.

                “Since aku belajar kat Jepun. Asal?” Dayana sudah tidak senang duduk tatkala bibir Arif lancar menyebut negara Jepun. Dikerling sekilas wajah Amir IKhwan. Pemuda itu sedang memandangnya dengan sebelah kening yang terangkat.

                “Oohh. Japan. So Cik Dayana belajar kat Jepun…” Amir Ikhwan sengaja mengulang kembali mengenai perkara itu.

                “Kau kenal Dee ke?” soal Arif kembali. Dia berada dalam keadaan yang keliru melihat riak muka Dayana dan Amir Ikhwan. Seolah-olah ada sesuatu di antara mereka yang dia tidak ketahui. Arif mencuit bahu Dayana apabila melihat gadis itu hanya menunduk sahaja seakan pesalah.

Bulat mata Amir Ikhwan melihat perbuatan Arif kepada Dayana. Namun bukan itu yang membuatkannya terkejut, tetapi respon Dayana yang tidak langsung menunjukkan bahawa dia tidak selesa dengan apa yang Arif buat. Hatinya sakit pula melihat Dayana tersenyum kepada Arif.

                “Dee, do you know him?” tanya Arif perlahan kepada wanita itu apabila Amir Ikhwan hanya berdiam diri sahaja. Tidak langsung mahu menjawab pertanyaan sepupunya. Dayana menjeling Amir Ikhwan sebelum menjungkitkan bahu tanda tidak pasti. Arif dan Dayana sama-sama tergelak kecil.

                Amir Ikhwan mengetap gigi. Geram melihat sandiwara Dayana di depan dirinya dan juga Arif. ‘Ooooo. Buat-buat tak kenal aku eh? Jaga kau jap lagi.’

                “Am, jom lah sekali makan dengan kitorang. Boleh aku kenalkan kau dengan Dee ni,” ajak Arif selamba. Dayana menelan air liur. Otaknya berputar membayangkan mereka bertiga duduk satu meja. Confirm rasa tak selesa. Belum lagi dia kena tahan perlian Amir Ikhwan dan pandangan tajam pemuda itu. Dayana dalam tidak sedar menggelengkan kepala beberapa kali.

                “Dee, tak nak ke Am ikut sekali?”Arif menyoal apabila menyedari gadis itu menggelengkan kepala. Dayana yang seakan tersedar dari bayangannya tersentak seketika sebelum tersenyum sumbing.

                “I tak ki…”

                “I tak dapat nak join kau makan la semut. Aku ada hal.” Amir Ikhwan segera memotong percakapan Dayana. Gadis itu lega mendengar jawapan tersebut kerana tidak perlu memanjangkan rasa awkward yang wujud antara mereka bertiga.

                “Okay. Next time pun boleh,”balas Arif sambil menepuk bahu sepupunya. Amir Ikhwan tersenyum kelat dan menganggukkan kepala.

                “Okay. Sorry Arif. Tapi aku nak pinjam cik Dayana untuk hari ni boleh?”

                Dayana dan Arif saling berpandangan sebelum kedua-duanya mengalih pandangan kea rah Amir Ikhwan. Dayana merenung tajam pemuda yang berada di depannya. Hatinya berdebar bercampur gelisah. Hari ini sahaja sudah tiga perkara yang akan menjadi punca perbalahan mereka berdua.

1.Dayana Aishah rupanya belajar di Jepun. 2. Tipu pasal dia tak sampai Mid Valley lagi bila pemuda itu menelefonnya. 3. Apa hubungan Arif dan dirinya. dan mungkin ada lagi satu which is kenapa dia tak jawab dengan jujur bahawa dia dan Amir Ikhwan sudah saling mengenali.

Kepala Dayana mula berpusing apabila memikirkan pertengkaran mereka berdua. Tak pernah aman langsung jika bertemu. Jadi, dia kena cari jalan untuk melepaskan diri dari gelombang marah tunangnya itu. nak tak nak dia kena lari!

“Why?” Arif bertanya hairan dengan muka tidak puas hati. “Aku baru jumpa dia hari ni la Am. Kasi chance sikit,” sambung Arif sambil ketawa kecil. Dayana berpura-pura ketawa bersama Arif untuk menghilangkan gundah di hati dan kecamukan fikirannya. Namun, tawanya hanya sebentar.

“Yana…boleh kan?” Mati terus tawa Dayana dan Arif. Pemuda itu segera menoleh kea rah gadis yang berdiri di sebelahnya dengan pandangan yang terkejut dan tidak percaya. Dayana memejamkan matanya dan menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Dee…I mean… Yana? You tunang Am??” soal Arif tidak percaya. Seingat dirinya, Amir Ikhwan pernah menyebut nama itu ketika bercerita dengannya mengenai pertunangan mengejut sepupunya itu. namun, dia tidak langsung menyangka bahawa Yana dan Dee itu adalah orang yang sama. Entah mengapa Arif merasa tertipu walaupun dia bukanlah orang yang berhak untuk merasa perasaan sebegitu.

 Dayana dengan muka serba salah memandang Arif. Mulutnya terasa berat untuk mengiyakan pernyataan tersebut. Dayana hanya mampu merenung wajah pemuda di sebelahnya tanpa menjawab pertanyaan tersebut. Hatinya jadi sedih melihat perubahan air muka Arif yang nampak terkejut dan wajah itu juga menggambarkan bahawa pemuda itu sedang kecewa dengan kenyataan tersebut.

“Arif…Dee…” Dayana mahu menyusun ayat.

“Am, aku minta maaf. Aku tak tau Dayana dah tunang. Kau tak perlu minta izin aku untuk pinjam Dee.. I mean Yana. Aku pergi dulu. Nak beli barang. Jumpa nanti.” Kata-kata Arif membuatkan Dayana tersentak. Ayat itu menggambarkan kekecewaan dan juga kemarahan pemuda itu.

Dayana seperti mahu menangis melihat Arif yang tidak langsung memandangnya. Dia mahu menerangkan keadaan sebenar kepada pemuda itu namun dia tidak ada peluang tersebut. Dayana hanya memerhati langkah Arif yang kian menjauh. Hatinya pedih melihat wajah suram lelaki tersebut.

Dayana tidak mahu Arif salah faham mengenai perasaannya. Dayana juga tidak mengerti mengapa dia berperasaan sebegitu. Mungkin kerana hatinya sudah terpaut kepada Arif atau kerana hubungan mereka yang selesa membuatkan Dayana rasa sedang menipu pemuda itu.

Amir Ikhwan dari tadi hanya memerhati riak Dayana. Hatinya sedikit gusar apabila berfikir mengenai perasaan Dayana terhadap sepupunya. Amir Ikhwan berdehem beberapa kali untuk menarik perhatian Dayana yang sudah hilang bersama langkah Arif.

Dayana sedikit terkejut mendengar suara lelaki itu. Segera Dayana berpusing mengadap Amir Ikhwan. Matanya bertentang dengan mata pemuda tersebut.

“Puas hati?” Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Dayana. Amir Ikhwan mengangkat kening tanda tidak puas hati dengan sepotong ayat itu.

“Puas. Apa salahnya Am bagitau sepupu Am yang Yana tu tunang Am?” Suara Amir Ikhwan sedikit meninggi. Dayana menelan air liur apabila menyedari beberapa pasang mata yang sedang memerhatikan mereka berdua. Malu pula apabila menjadi bahan perhatian umum.

“Jangan nak tunjuk marah sangat boleh? Nak semua orang tau ke?” balas Dayana seakan berbisik. Geram pula dia melihat wajah tegang Amir Ikhwan yang tiba-tiba itu.

Amir Ikhwan memandang ke sekeliling. Sudah banyak mata yang memandang sambil mulut berbisik sesama  mereka. Tanpa berlengah, Amir Ikhwan terus menarik lengan Dayana dan membawa Dayana ke keretanya. Dayana dalam tidak bersetuju itu hanya menurut sahaja walaupun hatinya juga sedang terbakar.

“Am tak faham dengan you Yana. Apa hubungan you dengan Arif?” Amir Ikhwan tidak sabar mahu tahu. Hatinya gundah memikirkan tunangannya itu mempunyai perasaan untuk lelaki lain. Dan lelaki itu tidak lain tidak bukan adalah sepupunya sendiri. Rasa tercabar pula dia tatkala membuat andaian tersebut.

Dayana menjeling Amir Ikhwan. “Kawan time I study kat Japan. Kan Arif dah bagitahu you tadi,”jawab Dayana garang. Panas hati kerana tiba-tiba sahaja lelaki itu mahu berlagak macam tunangnya yang betul. Antara mereka semua lakonan. Entah mengapa Amir Ikhwan beria-ria mahu tahu hubungan dia dan Arif.

“You tahu kan Arif tu my cousin?”

“Ada beza ke kalau I tau dengan tak tau?”

“Ada.”

“Apa dia?”

“Kalau you dah tau dari awal yang Arif tu my cousin, you tak patut rapat dengan dia. Kalau you tak tau dari awal, you patut stop jadi rapat dengan dia.” Balas Amir Ikhwan tegas. Dayana memandang Amir Ikhwan lama sebelum berkata.

“So, you nak cakap walau apa pun, I tak patut rapat dengan orang yang ada kaitan dengan you?”

“Yana…you tahu kan bukan itu yang Am maksudkan,”ujar Amir Ikhwan perlahan. Seolah-olah mahu meredakan bahang antara mereka berdua.

“Well. Itu apa yang you faham. Tapi kan Amir Ikhwan, you tak ada hak nak larang I kawan dengan orang lain. You kena ingat, Arif datang dulu sebelum you.” Dayana memberitahu jujur. Dia tidak mahu dikongkong. Arif adalah antara orang yang dia perlukan selain Abang Nas dan Nadia. Arif penting dalam hidupnya.

“Amir Ikhwan datang dulu dalam hidup Dayana Aishah.” Amir Ikhwan mengingatkan. Hatinya sedikit terusik dengan kenyataan Dayana. Ada rasa cemburu apabila Dayana terang-terangan membela sepupunya, Arif.

“Mungkin. Tapi Amir Ikhwan dah lama get over Dayana Aishah. Six years ago. Since then, Arif yang ada dengan I. Jadi, please biarkan kitorang sendiri.”

Amir Ikhwan terdiam sebentar. Namun hatinya bergelodak. “Tapi Am ni tunang Yana. Please bear it in your mind Dayana Aishah. Kita nak dirikan rumah tangga dalam masa beberapa bulan je lagi. So you better get over him,” kata Amir Ikhwan sambil matanya merenung sepasang mata hazel milik Dayana.

Dayana diam mendengar hujahan Amir Ikhwan. Akalnya sibuk memikir ayat yang sesuai untuk disusun. Separuh hatinya mengiyakan kata-kata Amir Ikhwan, namun separuh lagi hatinya mahu terus membangkang.

“Am…Arif dengan I…”

“Arif dengan I?” Amir Ikhwan mengulang kembali ayat Dayana dengan tawa kecil yang seolah-olah mengejek gadis itu. “Perkataan tu nampak macam senang je keluar dari mulut Yana. Okaylah. Macam ini, biar Am tanya Yana terus –terang.” Amir Ikhwan masih merenung sepasang mata tersebut.

“Yana suka Arif?” Soalan Amir Ikhwan membuatkan Dayana mengalih pandangannya ke luar tingkap. Hatinya berdegup pantas. Tangannya juga sedikit berpeluh. Tetpai dia harus jujur dengan lelaki tersebut. Mungkin jika dia berterus-terang Amir Ikhwan akan membatalkan perkahwinan mereka. Hati Dayana sedikit berbunga.

“Untuk soalan itu, I tak pasti. Tapi I’m very sure that Arif is an important person in my life and I need him as much as my brother.” Jawapan jujur yang keluar dari mulut Dayana membuatkan Amir Ikhwan membisu seribu kata. Hatinya terluka dan terkilan.


Monday, 14 July 2014

it was you it is you it will be you 9

Hari ini dia terpaksa keluar dengan Amir Ikhwan gara-gara Abang Nas yang tidak sudah-sudah memujuknya. Dayana berdiri di depan cermin. Meneliti dirinya yang masih memakai t-shirt lengan pendek. Dia sebenarnya malas untuk keluar. Baginya, waktu hujung minggu macam ini seelok-eloknya dia habiskan tanpa pemuda itu.

                Bunyi telefon di atas katil sengaja dibiarkan. Dayana sudah agak siapa yang menelefonnya ketika ini. Siapa lagi kalau bukan tunangnya yang seorang itu. Tanpa menghiraukan telefon yang berdering tanpa henti itu, Dayana berjalan ke katil dan menghempaskan dirinya.

                “Haihhhhhhhhhhh.” Dayana mengeluh panjang. Matanya terkebil-kebil. Janji temu pada hari ni memang diluar kemahuannya. Mengadap lelaki itu sepanjang hari, dia tidak ada keyakinan untuk memastikan janji temu mereka berdua pada hari ini akan berjalan tanpa ada masalah seperti pasangan yang lain.

                “Am..Am..Am..” Dayana menyebut nama Amir Ikhwan berulang kali. Makin lama makin kuat suaranya. Sengaja mahu melepaskan rasa tidak puas hati terhadap lelaki itu. Kepalanya digeleng beberapa kali sambil tangan menggenggam kuat comforter.

                “Wowwwww! Boleh tahan angau jugak adik abang ni.” Suara Abang Nas yang mencecah gegendang telinga Dayana membuatkan dia duduk tegak. Dilihatnya Abang Nas sudah tersengih mengejek. Dayana mencebirkan bibir.

                ‘Itu nampak angau ke? Bukan nampak macam nak mengamuk?’ Dayana hanya mampu berkata di dalam hati. Nak cakap depan Abang Nas, dia tidak ada kekuatan itu.

                “Dah pukul berapa ni Dee? Tak siap-siap lagi. Karang cik abang datang merajuk pulak tengok Dee macam ni,”ujar Abang Nas sambil menarik tangan Dayana supaya adiknya bangun dari katil.

                ‘Biar dia merajuk. Hidup asyik nak menyakitkan hati aku je,’ jawab Dayana dalam hati. Geram bila memikirkan perbuatan lelaki tersebut. Kalau boleh mahu saja dia mencekik-cekik batang leher Amir Ikhwan. Biar puas hati.

                “Hmm..yelah yelah. Abang pergi la keluar. Macam mana Dee nak siap.” Dayana membalas malas. Lain di hati lain di mulut. Abang Nas mengangkat sebelah kening.

                “Cettt. Kalau abang tak masuk tadi, panjang lagi lah angaunya,” ejek Abang Nas yang sudah tersengih-sengih macam kera busuk. Dayana mencebik. Malas melayan gurauan abangnya. Bukan setakat malas, dia memang tak kuasa nak layan apa-apa yang berkaitan dengan Amir Ikhwan.

                Dayana melangkah perlahan ke almari baju. Matanya men’scan’ baju di dalam almari. Kemudian matanya terhenti pada sehelai sweater longgar berwarna grey. Bibirnya terus mengulum senyuman tatkala akalnya mendapat idea. Segera dicapainya baju itu dan terus disarungkan ke badan. Dayana tersenyum puas melihat dirinya di cermin. Sweater kelabu yang dipadankan dengan sehelai jeans berwarna biru gelap yang berpotongan skinny.

                “Dee nak pergi mana pakai macam ni?” tegur Abang Nas yang baru datang dari dapur tatkala melihat adiknya sedang berdiri memilih kasut untuk dipakai. Berkerut muka Abang Nas melihat Dayana berpakaian sempoi. Dan yang lebih dia hairan adalah kerana adiknya bukan jenis perempuan yang akan memilih pakaian seperti itu untuk menghabiskan masa di luar. Selalunya Dayana akan memakai blouse atau dress labuh.

                “Laaa abang ni.. Dee kan nak pergi keluar dengan Amir,”jawab Dayana selamba sambil tersenyum nakal. Mulutnya cuba menahan tawa yang sudah mahu pecah kerana melihat dahi Abang Nas yang sudah berlapis. Bukan dia tidak tahu punca abangnya beriak sebegitu.

                “Hmm…tukar style? Time dating ni la nak transform jadi minah sweaty,”komen Abang Nas lagi. Dayana membuat muka tidak tahu. Tangannya mencapai sepasang sports shoes dan segera di sarung ke kaki.

                Bulat mata Abang Nas melihat penampilan Dayana pada hari ini. “Dee..tukar la kasut tu.” Abang Nas memberikan pandangannya. Dia segera menghulurkan sepasang sneakers untuk Dayana namun gadis itu sudah berjalan ke kereta tanpa menghiraukannya.

                “Abang, takpe. Jangan susah hati. Dee nak tukar angin sikit,”balas Dayana sambil ketawa kecil. Geli hatinya melihat Abang Nas yang terlalu menjaga penampilan diri. Abang Nas memang sudah terbiasa dengan apa-apa yang melibatkan imej diri.

                Dayana memandu ke destinasi yang sudah dipersetujui. Sengaja dia menolak tawaran Amir Ikhwan untuk pergi bersama-sama. Kalau naik satu kereta bimbang pula nanti ada yang kena tinggal di tepi jalan. Maklumlah mereka tidak pernah aman jika bersua muka!

                Dayana berjalan menyusuri deretan kedai di Mid Valley. Dia tidak langsung menghubungi Amir IKhwan untuk memberitahu bahawa dia sudah tiba di situ. Kalau boleh Dayana mahu menghabiskan masa di sini seorang diri tanpa pemuda tersebut.

                Dayana melangkah masuk ke kedai yang menjual barangan menyelam. Dia sedang membelek-belek alatan menyelam apabila terasa ada satu tangan yang menyentuh bahu kirinya. Dayana tanpa memikirkan apa-apa segera memulas tangan tersebut dengan teknik tekwondo yang dia pelajari. Orang tersebut mengerang kesakitan. Namun hanya sekejap.

                Dayana terkebil-kebil melihat pemuda yang berada dalam pegangannya. Pemuda tersebut berkerut sambil meminta dilepaskan. Tangan Dayana automatic melonggarkan pegangan.

                “Abang Arif??” soal Dayana perlahan. Antara keluar tak keluar sahaja suaranya. Bulat sepasang matanya merenung pemuda tinggi lampai berkulit cerah itu. Pemuda itu tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. Bahunya masih terasa sakit.

                “Come on Dee,”ujar Arif. Dia memetik jari di depan mata gadis itu apabila melihat mata Dayana tidak berkelip memerhatikan wajah kacaknya. “Am I too adorable that you don’t wanna take your eyes off from me?” gurau pemuda itu lagi.

                Dayana seakan baru tersedar. Dia segera menumbuk perut lelaki itu perlahan. “Yes you are!” balas Dayana kuat sambil membuat mimik muka mengejek.

                “Ouch. Sakit la!” Arif mengetap gigi menahan sakit. Gadis itu bukan boleh di bawa bergurau. Habis keluar semua ajaran taekwondo yang dipelajari. Dayana menjelir lidah melihat muka Arif berkerut menahan sakit.

                “Siapa suruh buat surprise. Sejak bila you balik Malaysia ni? Kerja you kat sana macam mana?” soal Dayana bertubi-tubi. Dia memandang pemuda itu dari atas ke bawah.

                “Hey. Hello. Mata tu control sikit boleh?”usik Arif lagi. Pecah ketawanya apabila melihat Dayana menunjukkan penumbuk.

                “Nak kena lagi?” soal Dayana geram.

                “Dee. Jom makan. But wait! You datang seorang ke ada teman ni?” Arif bertanya sambil matanya melilau ke sekeliling mencari jika ada sesiapa yang akan menghampiri Dayana.

                “I sebenarnya…” belum sempat Dayana mahu menghabiskan ayat, telefonnya berdering. Dayana sudah tahu siapa pemanggil tersebut. Perlahan-lahan dia menjawab. Arif di sebelah hanya memerhatikan wanita itu.

                “Yes. Hmm. Belum sampai lagi. Okay.” tup. Dayana memasukkan kembali telefonnya ke dalam beg sandangnya. Dia memandang Arif sambil tersenyum lebar. “Jom!”

                “Wow. Siapa tu? Another secret admire besides me?” tanya Arif selamba. Dia memandang gadis di hadapannya dengan rasa cemburu. Dayana tergelak kecil melihat riak Arif yang penuh dengan perasaan ingin tahu. Dia tahu pemuda itu cemburu jika ada lelaki lain yang cuba mahu berkenalan dengannya.

                “Nope. A stalker.” Balas Dayana pantas. Arif tersenyum lega mendengar jawapan gadis itu. bermakna, gadis itu tidak mempunyai perasaan terhadap orang yang menelefonnya tadi.

                “Arif, you nak belanja I makan apa ni?” soal Dayana tidak sabar sambil kepalanya ligat memikir makanan apa yang dia selera. Sushi? Pizza? Pasta? Nasi goreng?

                “Anything. You decide. Poket I tebal lagi ni. So you sempat lagi nak kikis duit I macam you buat kat Jepun sebelum ni,” balas Arif sambil ketawa. Dia senang hati apabila berada dengan Dayana. Hatinya sudah terpaut sejak mereka berdua belajar di tempat yang sama. Dia adalah seorang senior dan Dayana merupakan junior yang dia rapat.

                Ketika di Jepun dulu, mereka sering keluar bersama-sama. Dia, Dayana. Nadia, Alice dan Miko. Oleh kerana dia dan Alice sahaja yang sudah bekerja, dia sering mengeluarkan belanja ketika mereka keluar beramai-ramai. Mereka semua ibarat pisau cukur! Pantang di offer memang layan je. Arif tersenyum mengingat kembali masa mereka di Jepun dahulu.

                “Cett. Entah siapa yang offer nak belanja entah. Lepas tu cakap orang jadi pisau cukur.” Arif ketawa lagi. Dayana memang pandai bab-bab membuat ayat. Memang tidak mahu kalah. Arif sudah arif dengan perangai Dayana sejak di Jepun dulu. Arif mencubit geram pipi Dayana. Dayana tidak pula menepis tangan Arif malahan dia turut sama mencubit pipi lelaki itu. Mereka berdua tergelak bersama.

                “Pizza jom,” ajak Dayana tiba-tiba. Perutnya betul-betul lapar. Dayana menarik Arif ke restoran Domino’s Pizza. Namun, oleh kerana ramai orang, mereka terpaksa menunggu giliran sebelum mendapat meja. Dayana dan Arif sibuk bercerita dan berbual tanpa menyedari ada sepasang mata yang sedang merenung mereka berdua tajam.

                “You sampai Malaysia bila sebenarnya? Tak bagitahu I pun. Bukan patutnya I ke orang first yang tau?” Dayana membuat muka tidak puas hati. Dia gembira dengan kehadiran pemuda itu namun dia juga geram kerana lelaki itu pulang tanpa memberitahu dia terlebih dahulu. Hubungan mereka..sukar untuk Dayana jelaskan. Bukan teman rapat bukan juga pasangan kekasih. Cuma mereka selesa antara satu sama lain tetapi lebih daripada itu.

                “Perasan. Ingat Dee tu penting sangat ke?” Arif membuat muka mengejek Dayana. Dayana ketawa senang hati mendengar gurauan Arif. Dia tahu lelaki itu sengaja mahu mengusiknya.

                “Well. Seingat I, I ni penting sampai you boleh cari I tengah-tengah malam semata-mata untuk teman you pergi toilet.” Arif menjegilkan mata apabila mendengar Dayana mengungkit hal mereka ketika di Jepun dulu.

                “Itu kat hospital okay. Dah memang you tunggu situ untuk teman I kan,” balas Arif membela diri. Jika diingatkan semula, memang dia malu kerana meminta gadis itu tunggu betul-betul di depan pintu tandas.

                “Still…nampak je gagah tapi penak..”

                “Hi Yana. Kat sini bukan Mid Valley ke?” Teguran itu membuatkan Dayana berpaling kea rah datangnya suara itu. Bulat matanya melihat Amir Ikhwan berdiri di tengah-tengah. Antara dia dan Arif.


                “Err…Emmm..” Dayana menelan air liur sambil matanya memandang Arif dan Amir IKhwan silih berganti. Dia buntu. Tidak tahu mahu menjawab apa. 

Friday, 11 July 2014

it was you it is you it will be you 8

“Dee!” panggil Abang Nas dari luar pintu bilik.

Dayana yang sedang baring di katil segera menyahut. “Yup.” Dia berjalan ke pintu dan membukanya sebagai tanda menyuruh Abang Nas masuk. Namun, Abang Nas hanya tercegat di depan pintu tanpa berganjak setapak. Air muka Abang Nas kelihatan sedikit resah.

“Kenapa Abang? Tak sihat ke?” soal Dayana hairan. Sebelah tangan segera ditekap ke dahi abangnya.  ‘Tak panas pun. Peluh je ada.’

Abang Nas menggeleng perlahan. Dia serba salah pula mahu berterus terang. Tetapi dia harus berbuat demikian. Tak boleh nak tangguh-tangguh lagi dah!

“Dee, ada orang datang. Pakai proper sikit ea,”beritahu Abang Nas teragak-agak. Senyuman Abang Nas juga kelihatan tawar. Bagai ada masalah besar yang akan timbul. Dayana berkerut.

“Pakai proper? Nak pakai apa? Siapa yang datang ni bang?” soal Dayana bertubi-tubi. Dia hairan kerana tiba-tiba Abang Nas berpesan supaya memakai pakaian yang proper. ‘Sebelum ni pakaian aku tak proper ke?’

“Hmm. Pakai baju kurung tau. Keluarga Dato’ Hamid datang.” Bulat mata Dayana setelah mendengar jawapan Abang Nas. Dahinya makin berkerut. Pelik. Kenapa keluarga Amir Ikhwan datang rumah tiba-tiba ni?

“Abang pun tak tahu diorang nak datang,”ujar Abang Nas apabila melihat muka adiknya yang terperajat katak tu. Dia sudah dapat agak hajat mereka datang ke mari dan Dayana juga mungkin berfikir perkara yang sama.

“Siap cepat. Diorang semua dah kat bawah,”pesan Abang Nas lagi. Dayana terkebil-kebil lagi di depan pintu walaupun bayang Abang Nas sudah hilang. Dia tidak tahu perasaannya bagaimana sekarang. Haruskah dia gembira? Atau haruskah dia menyumpah Amir Ikhwan?

Semua mata tertumpu kea rah Dayana tatkala gadis itu mencecah anak tangga terakhir. Dayana tidak pasti mahu mempamerkan riak yang bagaimana. Senyum seikhlas hati? Senyum separuh hati? Tayang muka bengis?

Namun, senyuman juga yang terbit tatkala melihat keluarga Dato’ Hamid tersenyum lebar memandang dirinya. Masakan dia mampu bermuka bengis apabila mereka semua begitu gembira melihat kedatangannya.

“Marilah duduk sini.” Satu suara memanggil. Dayana menoleh kearah suara tersebut. Seorang wanita separuh abad sedang tersenyum lebar sambil menunjuk tempat duduk kosong di sebalah wanita tersebut. Dayana sedikit teragak-agak untuk ke sana. Matanya melilau mencari kelibat Abang Nas.

Abang Nas menganggukkan kepala tanda ‘it’s okay. just sit there’ apabila mata mereka berdua bertembung. Dayana senyum nipis dan terus mengambil tempat di sebelah wanita tua tersebut. Dia sedikit gugup kerana semua orang sedang memerhati gerak-gerinya.

“Dee ni cantik. Betul lah apa yang atuk cerita kat nenek.” Wanita itu bersuara apabila punggung Dayana baru mencecah lantai. Dayana yang mendengar sekadar tersenyum. Dia tidak tahu apa yang dia harus balas. Malu pun ada apabila dipuji begitu. Namun, perkataan nenek yang keluar dari mulut wanita separuh abad itu menarik perhatiannya.

‘Nenek? So ni nenek Amir Ikhwan?’ monolog Dayana dalam hati. Matanya segera melilau mencari batang tubuh lelaki tersebut. Namun tiada.

“Kami datang berhajat sebenarnya…” Dato’ Hamid membuka bicara. Abang Nas yang duduk berhadapan dengan Dato’ Hamid kelihatan tenang mendengar. Seperti yang dijangka. Keluarga Amir Ikhwan datang berhajat!

“Hajatnya nak merisik si dara jelita nun…” sambung Dato’ Hamid lagi. Beberapa saudara mara mereka yang lain tergelak kecil mendengar kata-kata Dato’ Hamid yang lurus tanpa menyimpang ke mana-mana. Nenek di sebelah Dayana turut tergelak kecil melihat keletah suaminya.

Dayana seorang yang masih berwajah ketat. Hatinya tidak langsung terhibur dengan apa yang sedang berlaku sekarang, malahan seperti ada bara yang mahu menyala jauh di sudut hatinya. Matanya tertancap pada wajah Abang Nas yang masih tekun mendengar. Sesekali bibir itu mengulum senyuman. Dayana mulai gusar apabila dia sekali lagi menjadi tumpuan semua mata di situ.

“Macam mana tuan punya diri?” soalan itu ditujukan terus ke mukanya. Dayana gundah. Mulutnya berat untuk menjawab. ‘Amir Ikhwan! What have you done??’ Kepalanya hanya memikirkan lelaki itu sahaja. Dia bengang kerana lelaki itu langsung tidak memberitahu kedatangan keluarganya ke sini. ‘Tak faham bahasa ke?’ hati Dayana membentak.

Lama juga Dayana membisu. Nenek di sebelah menyentuh bahu gadis itu apabila menyedari Dayana masih kaku. Fikiran gadis itu juga seperti melayang ke tempat lain.

“Dee?” panggil nenek.

Dayana seakan tersedar dari khayalannya. Dia menelan air liur. Hatinya berdegup kencang. Antara menahan amarah yang mahu timbul dan juga rasa gundah kerana semua orang di situ menunggu jawapan darinya. Abang Nas turut memandang adiknya itu. Namun wajah Abang Nas kelihatan resah. Mungkin kerana berdebar menunggu jawapan Dayana.

“Dia malu lah nak jawab. Soalan cenggitu terus kena batang hidung. Tak aci betul Dato’ ni,” ujar salah seorang daripada saudara mara di situ tiba-tiba. Yang lain pantas ketawa apabila mendengar gurauan lelaki tersebut. Dayana turut tersenyum sumbing.

“Dee, tak suka cucu nenek ke?” tanya wanita separuh abad itu. Dayana kaget dengan soalan itu. Jika dia berterus-terang pasti banyak hati yang terluka di situ. Abang Nas, Dato’ Hamid, nenek, pak cik, mak cik. Walaupun Dayana benci dengan apa yang berlaku sekarang, dia tidak sanggup untuk menjatuhkan air muka mereka semua di situ.

Perlahan-lahan Dayana menggeleng dalam terpaksa. Semua orang di situ terus tersenyum lebar. Tanpa berlengah lagi wanita separuh abad itu terus menyarungkan cincin ke jari runcing Dayana.

Peristiwa itu berlegar-legar difikiran Dayana walaupun sudah hampir 3 minggu berlaku. Dayana berkira-kira untuk membatalkan pertunangannya. Sudah hampir 2 minggu dia fikir sejak pertemuannya dengan Amir Ikhwan yang diakhiri dengan pergaduhan. Well. Memang bukan niat asalnya untuk berbincang elok-elok dengan lelaki tersebut. Waktu itu dia berada dalam keadaan yang marah tanpa boleh mengawal emosi.

Dayana membuka pintu kereta dan terus berjalan ke lobi utama. Sejak tadi dia duduk di dalam kereta meskipun sudah hampir setengah jam dia tiba di syarikat Dato’ Hamid sebenarnya. Langkahnya diayun laju. Dia sudah tekad untuk memberitahu sendiri kepada atuk. Biar Amir Ikhwan ternganga!

Dayana sampai di depan pintu bilik yang tertera nama Dato’ Hamid. Hatinya berdebar. Ada sedikit kerisauan mengenai penerimaan orang tua itu nanti. Jangan sakit jantung lepas tu K.O sudah. Dayana membuka pintu apabila di suruh masuk.

“Assalamualaikum atuk,”sapa Dayana mesra.

“Dee?” Suara Abang Nas membuatkan Dayana terkejut. Makin laju jantungnya. Segera matanya menangkap batang tubuh Abang Nas yang sedang duduk di sofa. Di depannya ada atuk tetapi  di sebelah atuk ada…Amir Ikhwan??!  Dayana sudah lama tidak bersua dengan pemuda itu.

“Abang… ada kat sini ke?” soal Dayana sedikit gugup. Abang Nas terus bangun dan mendapatkan Dayana. Dayana mengerling Amir Ikhwan yang sedang memerhatikan dirinya. ‘Pasti laki ni dapat agak tujuan aku datang sini.’

Dayana tersenyum melihat wajah Abang Nas yang kelihatan gembira melihat kedatangannya ke situ. Abang Nas menarik Dayana dan mendudukkan Dayana di sebelahnya. Dayana akur. Tetapi dalam kepalanya sudah bermacam fikiran yang timbul. Dia runsing memikirkan cara untuk menyuarakan hasratnya kepada Dato’ Hamid dengan kehadiran abangnya di situ.

Amir Ikhwan pula dari tadi memerhatikan dua beradik itu. Hatinya merasa tidak senang dengan hubungan mereka berdua yang begitu rapat. Bagai sepasang suami isteri pulak! Amir Ikhwan mendengus perlahan apabila melihat Dayana tersenyum lebar kepada Abang Nas.

‘Aku yang tunang dia ni, takde pulak nak tegur.  Senyum apatah lagi,’rungut Amir Ikhwan tidak puas hati. Dia menjeling gadis itu apabila mata mereka bertembung. Sengaja  mahu menunjukkan sakit hatinya. Tetapi Dayana buat-buat tidak nampak. Macamlah dia kisah kalau lelaki itu menjeling sampai juling mata.

“Dee datang sini nak bagitahu apa? Semalam Dee call macam ada hal penting je?” tanya Dato’ Hamid. Dayana menelan air liur. Dia memandang atuk dan Abang Nas silih berganti. Berkira-kira mahu membuka mulut.

“Dee… pasal pertunangan tu…” perlahan Dayana bersuara. Hatinya berdegup rancak. Sukar baginya untuk meluahkan apa yang ada dalam fikiran.

Amir Ikhwan terus duduk tegak apabila mendengar permulaan ayat Dayana. Dia turut berdebar menantikan ayat yang seterusnya. ‘Yana betul-betul nak cancel kan pertunangan ke?’ hatinya berkata. Mata Amir Ikhwan merenung tajam wanita yang duduk di sofa depannya.

 Dayana masih berbolak-balik. Dia sendiri tidak pasti adakah keputusannya tepat dengan menyuarakan mengenai pembatalan pertunangan antara dirinya dan juga Amir Ikhwan.

“Kenapa dengan pertunangan tu?” soal Dato’ Hamid pantas. Semua sedang menunggu ayat dari mulutnya. ‘Argghhh!’ Dayana geram dengan dirinya sendiri. Entah mengapa begitu sukar untuk berterus-terang kepada dua orang lelaki yang dia hormati dan sayangi.

“Dee nak…hmmm…” Abang Nas memandang wajah gelisah adiknya itu. Dia seperti dapat membaca apa yang ada dalam fikiran Dayana. Abang Nas menganggukkan kepala tanda menyokong apa sahaja apa yang akan Dayana katakan. Dayana tersenyum lega. Hilang sedikit rasa beban dalam hatinya.

Amir Ikhwan yang sejak tadi menjadi pemerhati sudah tidak senang duduk. Dia sangat tidak suka dengan gaya bahasa tubuh antara Dayana dan Abang Nas. Amir Ikhwan tidak suka dengan lelaki yang selalu ada bersama tunangnya itu. Sudah beberapa kali dia menangkap bayangan mereka berdua bersama-sama. Benci pulak bila diingatkan balik. Macam lah duduk serumah.

“Sebenarnya Dee ingat nak…”

“Pendekkan tempoh pertunangan kita?” Amir Ikhwan memotong sebelum sempat Dayana menghabiskan ayat. Dayana melopong. Abang Nas pula mengalihkan pandangan kepada Amir Ikhwan dengan tanda tanya. Tidak menyangka ayat yang baru dikeluarkan.

Riak muka Dayana yang bersemangat tadi terus bertukar menjadi keruh. Dayana terkejut dengan apa yang Amir Ikhwan katakan. Macamlah lelaki itu tidak tahu tujuan dia datang ke sini. Dah suruh guna mulut sendiri aku nak guna. Sekarang kau nak halang pulak? Dayana sungguh bengang dengan Amir Ikhwan. Pemuda itu sengaja tidak mahu melepaskannya.

“Laaa…berita gembira pun susah ke Dee nak bagitau atuk?” Dato’ Hamid ketawa riang. Hatinya berbunga-bunga apabila mendengar bahawa cucunya mahu mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Dayana tersenyum sumbing. Tidak mampu berkata apa-apa.

Dia sudah terlepas peluang emas tersebut. Sekarang, dia tidak mempunyai kekuatan untuk mengutarakan semula mengenai pembatalan pertunangan mereka. Masakan dia sanggup untuk menghilangkan senyuman di wajah orang tua tersebut. Dayana memandang Abang Nas. Wajah abangnya turut bercahaya. Hati Dayana pilu.


Sunday, 8 June 2014

it was you, it is you, it will be you 7

Amir Ikhwan duduk memandang  lantai. Dahinya berlapis. Kejadian siang tadi terbayang-bayang lagi di kotak ingatannya. Wajah Dayana yang menyinga, suara lantang wanita itu mengganggu fikirannya.

                “Haihhhhhhhhhh,” keluh Amir Ikhwan seorang diri. Dia tidak pasti apa yang harus dia lakukan. Perlukah dia menyuruh atuk batalkan pertunangan? Atau dia hanya perlu tutup mata dan buat-buat tidak tahu?

                Badannya disandar ke kerusi. Kali ini matanya merenung syiling bilik pula. Dikerdip beberapa kali. Kalau ikutkan hatinya yang bengang, sudah lama dia membatalkan pertunangan mereka. Bukannya dia kemaruk sangat dengan Dayana. Cuma dia hanya mahu menghentikan bebelan atuk  mengenai status bujangnya.

                Tetapi jika dia batalkan, dia juga yang rugi. Mahunya atuk betul-betul menghalau dia dari syarikat dan biar dia gelandangan di tepi jalan. Bukan boleh kira orang tua tu. Buat ikut sedap hati dia je.

                Bunyi hon di luar rumah mengganggu fikiran. Amir Ikhwan mengalihkan pandangan kea rah pintu. ‘Siapa pulak nak datang malam-malam macam ni?’ Namun, dia masih tidak berganjak dari kerusi malasnya. Seperti menunggu pintu rumah terbuka sendiri.

                Bunyi hon yang lebih panjang daripada tadi membuatkan Amir Ikhwan berasa annoyed. Dia bingkas berdiri dan melangkah ke pintu sebelum membuka dengan wajah yang berkerut. Silauan dari lampu depan kereta membuatkan pandangannya tidak jelas.

Namun matanya menangkap kelibat seorang pemuda yang sedang berdiri di sebelah pintu pemandu. Matanya dikecilkan.

“Assalamualaikum Am.” Pemuda itu memberi salam. Amir Ikhwan berkerut. Cuba melihat wajah pemuda tersebut. Dia melangkah ke luar rumah dan mendekati pemuda yang sedang berdiri di depan pintu pagar rumahnya.

“What are you doing here Semut?” Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Amir Ikhwan sebaik sahaja dia melihat muka lelaki itu. Tangannya menumbuk mesra bahu pemuda yang dipanggil Semut itu. Riak muka Amir Ikhwan kelihatan sedikit terkejut namun gembira. Terus hilang semua kekusutan mengenai Dayana Aishah.

Pemuda tersebut lantas ketawa dan memeluk Amir Ikhwan. Amir Ikhwan turut ketawa. Gembira melihat teman baiknya di depan mata. Temannya yang sudah hampir 3 tahun tidak bersua.
“Kau bila sampai Mut? Datang tak bagitau.” Kata Amir Ikhwan selepas pelukan dileraikan. Pemuda itu tersenyum lebar.

“Aku landing terus zoooommm pergi rumah kau. So kau takyah nak bising,” balas pemuda tersebut sambil menjelirkan lidah. Amir Ikhwan mencebik.

“Lol. Kau betul ke ni Muhammad Arif?” Mata Amir Ikhwan memandang temannya dari atas ke bawah. “Dah tak semut aku tengok. Kerengga dah jadinya.” Lantas ketawa Amir Ikhwan pecah. Pemuda yang bernama Arif itu turut tergelak. Panggilan itu bermula pada zaman sekolah menengah kerana Arif ketika bersaiz lebih kecil daripada kawan-kawannya yang lain.

“Dah dah. Aku penat giler ni. Jet-lagged maa.” Arif terus menerpa masuk ke dalam rumah Amir Ikhwan dengan slumber.

“Oiii. Beg kau ni siapa nak angkat Mut?” laung Amir Ikhwan dari luar apabila menyedari terdapat 3 buah luggage yang elok berdiri di sebelah pagar rumahnya.

“Kau lah. Setakat ini, itu je yang kau boleh tolong aku Tik,” balas Arif dari dalam rumah. Amir Ikhwan menggeleng kepala tidak puas hati. Awal-awal lagi dah kena buli dengan si Arif ni. Dia terus menarik dua buah beg yang bersaiz sederhana. Satu beg yang besar itu sengaja ditinggalkan.

“Thanks Mut,” kata Amir Ikhwan apabila dia masuk membawa luggage tersebut. Arif yang sedang baring di sofa sekadar tergelak kecil.

“Yolahhhh. Thanks itik gembo gembo. Tak yah nak perli aku sangat.”

“Kau asal datang sini Mut?” soal Amir Ikhwan selamba. Arif menjeling tidak puas hati.

“Kau ni. Macam tak tau. Tak nak aku balik rumah tu. Papa mesti tak sabar nak suruh aku kerja.” Balas Arif. “Tik, kau tak nak offer aku air? Haus lah.” Kening Amir Ikhwan terangkat.

“Kau tak yah nak berlagak macam tetamu sangat. Dah terjah rumah aku lepas tu nak aku layan macam tetamu yang tak pernah datang sini,”bebel Amir Ikhwan sambil membaling bantal kecil kea rah temannya yang sedang elok baring.

Arif tergelak besar. Memang dia datang tanpa diundang. Namun, dia tidak segan kerana Amir Ikhwan merupakan teman baiknya dan juga sepupunya yang paling rapat. Pemuda itu juga tidak pernah berkira dalam semua hal kecuali bab-bab buat kerja rumah.

“Kau asal datang sini Mut? Maksud aku, asal kau tak terus kerja kat Japan tu?” Amir Ikhwan mengambil semula tempatnya di kerusi malas yang berada di hujung penjuru ruang tamu.

“Aku bosan.” ujar Arif dengan senyuman yang tersipu. Amir Ikhwan membuat muka pelik. ‘Dah kenapa?’

“Kau ni duduk sana belajar mimik muka pelik-pelik lah,”komen Amir Ikhwan. Arif tergelak lagi. Sudah dijangka reaksi Amir Ikhwan yang sebegitu. Arif sengaja membuat gaya muka ‘auummmm’ kepada sepupunya itu.

“Aku tak delah pelik mana Tik. Kau lagi pelik. Papa cakap kau dah tunang. Terkejut beruk aku.” Arif duduk mengadap Amir Ikhwan. Dia cuba membaca riak wajah tersebut. Seperti yang dijangka air muka Amir Ikhwan sedikit berubah. Wajah yang bercahaya tadi tiba-tiba berubah mendung.

Amir Ikhwan yang mendengar sekadar melepaskan keluhan berat. Terus fikirannya teringat semula peristiwa siang tadi. Arif mengangkat sebelah kening apabila mendengar keluhan sepupunya.

“Something’s wrong here. So memang betul la kau dah tunang? Dengan siapa? Narsha?” sekali lagi air muka Amir Ikhwan berubah tatkala mendengar nama Narsha. Wanita yang pernah dia sayangi sebelum atuk menyuruh dia berpisah dengan gadis tersebut kerana perbezaan darjat.

“Bukan jugak?” teka Arif setelah melihat kerutan di wajah Amir Ikhwan. “What the hell is going on? Asal aku yang tercicir bas ni?” Arif memandang Amir Ikhwan meminta penjelasan. Amir Ikhwan sekali lagi mengeluh.

“Atuk…”

“Atuk?? Kau ni.” Arif menggelengkan kepala beberapa kali. Dia sudah fasih dengan perangai atuknya itu. Walaupun mereka mempunyai atuk yang sama, namun atuk tidak pernah mengongkong hidupnya seperti mana Amir Ikhwan.  Dia tahu kisah cinta Amir Ikhwan yang kecundang. Dia juga tahu mengenai pertukaran profession Amir Ikhwan.

“Apa atuk ni? Asal dia layan kau macam anak dara doe? Habis tu kau tak cancelkan? Kalau aku jadi kau, dah lama aku terjah Dato’ Hamid tu,”luah Arif geram. Dia yang mengetahui pun sudah naik marah. Apatah lagi Amir Ikhwan yang sedang melalui keadaan yang tersepit ini.

“Itu lagi satu problem. Aku tunang tanpa aku tahu. Pagi tadi perempuan itu yang terjah aku dulu kat office.” Beritahu Amir Ikhwan lagi.

“What??” Arif yang sedang duduk terus berdiri akibat terkejut mendengar cerita yang keluar dari mulut Amir Ikhwan. Mulutnya ternganga.

“Habis itu kau nak aku buat apa?” soal Amir Ikhwan sedikit bengang. Arif menepuk belakang Amir Ikhwan. Seakan mahu melegakan hati sepupunya yang dia tahu pasti bergelodak dengan perasaan geram, sakit hati, marah dan juga pasrah.

“Aku tak tahu si Dato’ Hamid tu boleh extreme sampai macam ni,”ujar Arif sambil menggelengkan kepala. Dia sedikit kesal dengan apa yang terjadi kepada sepupunya ini. Kesian pun ada. Sejak kematian kedua ibu bapa, Amir Ikhwan dijaga oleh atuk. Mungkin kerana itu, hidup Amir Ikhwan selalu diatur oleh atuk.

“Benda dah jadi. Tapi yang bestnya kau tau?” Amir Ikhwan memandang Arif di sebelah. Arif turut memandang dengan wajah yang tidak sabar mahu mendengar cerita yang seterusnya.

“Apa dia?”

“Orang yang atuk berkenan sangat suruh jadi isteri aku tu, Yana.” Arif terkebil-kebil mendengar ayat Amir Ikhwan. Akalnya cuba mengingati nama tersebut. Lama dia memandang ke depan.

“Yana mana ni?” soal Arif kebingungan. Amir Ikhwan berkerut memandang sepupunya.

“Yana yang ex-girl…”

“Oooo. Yana yang kau tinggalkan dulu?” pertanyaan Arif membuatkan Amir Ikhwan sedikit sentap. Entah mengapa dia terasa sedikit apabila Arif menuturkan ayat sebegitu walaupun hakikatnya itu adalah kebenaran. Mungkin kerana ayat itu menampakkan dirinya seperti lelaki yang jahat.

Amir Ikhwan mengangguk lambat-lambat. Hilang rasa excited mahu bercerita mengenai Dayana. Dia terasa seperti seorang pesalah pula. Bayangkan jika dia membuka cerita nanti, pasti Arif tergolek-golek ketawa. Sudah dapat dijangka ayat-ayat perlian yang akan keluar daripada mulut Muhammad Arif.

“So, kau nak teruskan?”

“Dia nak suruh aku yang putuskan. Tapi aku tak sure,” balas Amir Ikhwan perlahan. Kakinya menguis-nguis carpet. Dia sendiri tidak pasti apa yang harus dia lakukan. Antara mahu atau tidak.

Arif yang mendengar semakin hairan. Dia pelik apabila melihat Amir Ikhwan yang kelihatan seperti tidak membantah dengan pertunangan tersebut. Amir Ikhwan yang dia kenal, pasti akan membantah dan berperang dingin dengan atuk jika tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan atuk. Namun, kali ini pemuda tersebut seperti bersetuju dengan plan atuk mereka.

“Tik, kau ada perasaan kat Yana eh?” Arif tiba-tiba bertanya. Sengaja mahu menduga temannya itu. Amir Ikhwan yang mendengar soalan yang secara tiba-tiba itu menelan air liur. Otaknya segera berpusing mencari jawapan.


it was you, it is you, it will be you 6

Bunyi bising diluar bilik membuatkan perhatian Amir Ikhwan terganggu. Baru sahaja dia mengangkat muka, dia melihat seorang wanita meluru masuk ke dalam pejabatnya. Dayana? Kehairanan sebentar. Riak muka gadis itu begitu tegang dan seperti menahan marah. Namun dia langsung tidak ketahui punca gadis itu datang ke pejabatnya dengan keadaan yang sebegitu.

                “Maaf Encik Amir, saya dah cuba halang Cik Dayana daripada masuk,”beritahu setiausahanya, Mira. Amir Ikhwan sekadar mengangguk dan menyuruh Mira keluar. Amir Ikhwan berdiri tetapi belum sempat dia membuka mulut, ada satu objek yang di baling kasar di atas mejanya. Objek itu terpelanting dan bergolek di atas lantai. Berubah muka Amir Ikhwan. Terkejut dan terpana. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Matanya tajam merenung wanita yang sedang berdiri di tengah-tengah pejabatnya.

                “What do you think you’re doing Miss Dayana Aishah?” soal Amir Ikhwan. Suaranya tegang namun cuba dikawal. Dia masih mahu bertenang. Dayana memandang tajam lelaki di hadapannya.

                “Hah? I am the one who should be asking that question Amir Ikhwan,” balas Dayana. Suaranya juga cuba dikawal agar tidak tinggi walaupun hatinya sudah terbakar. Dahi Amir Ikhwan berkerut. Dia langsung tidak memahami mengapa wanita itu kelihatan begitu marah seperti itu.

                “What? You yang datang pejabat I and make a scene.” Amir Ikhwan membalas pandangan Dayana. Dayana bengang apabila melihat Amir Ikhwan yang buat-buat tidak tahu apa yang telah berlaku. Mahu saja dia menampar wajah selamba pemuda itu.

                “Encik Amir, I rasa I dah cakap awal-awal yang I tak setuju dan tak nak kahwin dengan you. Tapi apa yang berlaku sekarang? Boleh explain tak?” Dayana masih cuba untuk menahan rasa marahnya. Mahu saja dia menempelak pemuda itu. Namun disabarkan hati.

                “Explain apa ni? Now, I don’t really know what you’re referring to Miss Dayana,” balas Amir Ikhwan tegas. Mukanya berkerut mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut wanita itu. Akalnya cuba mencerna dan mengaitkan dengan apa yang berlaku antara mereka. Namun, tidak apa yang logic untuk membuatkan wanita di depannya menyinga seperti sekarang. Dayana tergelak sinis.

                “Aha. So funny. Impossible la you tak tahu pasal saudara-mara you datang rumah i.”

                “What??!” Kali ini Amir Ikhwan pula yang terkejut. Matanya terkebil-kebil. Satu ayat itu membuatkan otaknya blank seketika. Sejak bila pulak atuk datang rumah dia?

                “Yana cakap pasal apa ni? Bila masa pulak diorang datang rumah you? Raya pun tak lagi,” ujar Amir Ikhwan yang masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia memandang Dayana tidak puas hati.

                “So, you nak cakap you tak tahu apa-apa?” soal Dayana kasar. Dia tidak mampu bersabar dah dengan Amir IKhwan, Dato’ Hamid dan semua sanak-saudara mereka yang datang ke rumahnya petang semalam. Dia benci dengan mereka semua yang membuat keputusan bagi pihaknya.

                “Yana boleh explain tak apa yang berlaku sebenarnya ni? Am tak faham. Zero.” Dayana menjeling pemuda itu. Tangannya ditunding kea rah objek kecil yang berada di berhampiran kaki meja.

                “That should be enough kan?” Amir Ikhwan memandang kea rah objek tersebut dan mengutipnya. Bulat matanya merenung sebentuk cincin emas putih yang berada di genggaman.

                “What the heck is this?” soal Amir Ikhwan sambil menoleh kepada Dayana. Wajahnya meminta penjelasan daripada wanita itu. Dayana tersenyum sinis. Geli hatinya melihat lakonan pemuda tersebut.

                “You jangan nak buat-buat tak tahu. Mustahil yang you langsung tak tahu plan atuk you nak datang rumah I petang semalam? I yang sepatutnya tanya you kenapa Amir Ikhwan. What the hell is going on? I tak sangka you nak buat macam ni kat I. Desperate sangat ke?” suara Dayana lantang memenuhi ruang pejabat. Sakit hatinya melihat wajah Amir Ikhwan yang berpura-pura tidak tahu dengan kedatangan atuknya semalam.

                “Dayana! You fikir I yang atur kan ke?” soal Amir Ikhwan kasar.

                “Yes!”

                Amir Ikhwan  berjalan menghampiri wanita itu. Mereka berbalas pandangan. Tajam. Bagai ada sinaran laser yang memancar dari mata kedua-duanya. Amir Ikhwan berhenti betul-betul di hadapan Dayana dengan jarak yang tidak sampai separuh depa. Gadis itu langsung tidak berganjak walau setapak.

                “Habis tu you nak I buat apa? Batalkan pertunangan kita?” Amir Ikhwan bersuara perlahan dengan mulut yang diketap rapat. Dayana mengecilkan matanya.

                “Obviously. Cakap dengan atuk, yang you tak nak pun kahwin dengan I.”

                “Habis tu kenapa you terima cincin ni semalam?” tanya Amir Ikhwan sinis. “You yang tak nak tapi you jugak yang terima cincin ni. Yang semalam tu, jari you ke jari I yang pakai cincin?” soal Amir Ikhwan bertubi-tubi sambil matanya memandang dengan pandangan yang mengejek gadis itu.

                Dayana mengetap gigi. Telinganya sakit apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Amir Ikhwan.

                “Habis tu, you expect I nak marah semua sanak saudara you tu dan malukan diorang?” balas Dayana geram.

                “Kenapa tak? Sekarang pun bukan main lagi you marah dekat I,”sindir Amir Ikhwan lagi. Sengaja mahu mencurah minyak kepada api yang sedang marak.

                “Am!” tengking Dayana. “You memang sengaja nak buat I macam ni kan? You nak apa dari I sebenarnya?”

                Amir Ikhwan terkejut mendengar pekikan Dayana. Hatinya yang baru mahu sejuk, kembali panas. “Am? Sounds nice. Kan bagus kalau dari awal Yana panggil Am ‘Am’.” Suara Amir Ikhwan masih sinis seperti tadi. Dia memang sengaja mahu membakar hati wanita itu. ‘Kau ingat kau sorang je boleh marah?’

                “Jangan nak berangan. You pergi bagitau atuk you cepat yang you nak cancel kan bende mengarut ni.” Dayana bersuara tegas. Matanya kembali membalas renungan pemuda itu.

                “I tak nak.”

                “Gila!”

                “Gila? Kalau you tak nak, you yang patut bagitau atuk. Sendiri. Guna mulut tu,”ujar Amir Ikhwan sambil menunjuk kearah sepasang bibir Dayana. Dayana segera menepis kasar jari yang sudah hampir mahu mengenai mulutnya.

                “Don’t touch…” Belum sempat Dayana menghabiskan ayat, Amir Ikhwan menarik tangan Dayana dan terus disarungkan cincin itu semula ke jari runcing itu. Dayana terkejut dan tangannya segera menarik kasar. Dia mencerlung memandang Amir Ikhwan.

                “Selagi you tak cakap kat atuk, selagi you tunang I and selagi tu you kena pastikan cincin itu ada kat jari you.” Dayana menjeling. Terus tangannya mahu menanggalkan cincin itu. Dia tidak rela dengan hubungan ini.

                Tetapi belum sempat niatnya itu dilakukan, tangan Amir Ikhwan terlebih dahulu mencapai tangan Dayana dan menggenggam erat. Dayana terpana. Dia cuba melepaskan genggaman itu tetapi tidak berjaya. Amir Ikhwan sekadar tersenyum mengejek apabila melihat wajah Dayana yang sudah keletihan untuk melepaskan genggamannya. Dayana yang melihat senyuman itu, jadi sakit hati yang amat.

                “Am patut letak glu ke supaya cincin ni Yana tak dapat tanggalkan?” Dayana mencebik. Nak marah lelaki itu pun dia sudah tidak larat. Hanya rasa sakit hati sahaja yang dia dapat.

                “Am harap Yana tak batalkan pertunangan mengejut kita ni.” Amir Ikhwan bersuara tenang sambil menghadiahkan senyuman ikhlas buat gadis tersebut. Dayana hanya memandang kosong. Langsung tidak beriak wajahnya. Segera dia menarik kasar tangannya apabila merasakan genggaman Amir Ikhwan mulai longgar.

                Tanpa membalas sepatah, dia melangkah ke pintu. Sebelum keluar dia sempat mendengar ayat terakhir Amir Ikhwan.

                “Bukan Am yang atur semua ini. Am betul-betul tak tahu and I’m really sorry Yana.”

***
Dayana menghempaskan beg tangannya ke dalam kereta. Sakit hatinya apabila berdepan dengan pemuda itu. Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Dia mahu lelaki itu yang memutuskan pertunangan mereka. Tetapi Amir Ikhwan menyuruh dia yang berbuat demikian.

                ‘What? Guna mulut sendiri?’ Kening sebelah kirinya terangkat. Mulutnya terkumat –kamit menyumpah Amir Ikhwan.

                Dayana memandang jarinya yang tersarung cincin. Perasaan marah tadi kembali datang. Segera dia menarik kasar cincin itu dan membaling ke dalam kereta. ‘Nak suruh aku pakai? Jangan harap!’
               
               


it was you, it is you, it will be you 5

Kelibat seorang wanita yang baru melintasi lobi syarikat menarik perhatian Amir Ikhwan yang baru sahaja melangkah masuk di pintu utama. Langkahnya dipercepatkan untuk mengekori wanita tersebut. ‘Dayana ke?’ monolog Amir Ikhwan dalam hati. Dia terus memerhati wanita itu sehingga ke depan pintu café. Wanita itu dilihat berhenti di salah satu meja yang berada di sudut kanan café tersebut.  Mata Amir Ikhwan masih memerhati perlakuan wanita itu. ‘Macam Yana tapi tak mungkin dia ada kat sini.’

                “Am, tengok apa tu?” Sergahan daripada belakang menyentakkan Amir Ikhwan. Segera dia berpaling dan melihat muka atuk yang berkerut sedang memandangnya hairan. Amir Ikhwan tersenyum sumbing. Malu kerana disergah begitu.

                ‘Harap atuk tak nampak apa yang aku buat tadi,’ doa Amir Ikhwan dalam hati. Mana mahu letak muka jika atuk menyedari kelakuannya yang memerhati seorang wanita di dalam café itu. Mahunya diejek atuk je nanti.

                Dato’ Hamid mengangkat kening memandang cucunya yang seakan tidak keruan. Seperti baru lepas buat salah sahaja kelihatannya. Matanya kemudian beralih menelek ke dalam café tersebut. Senyuman terbit di hujung bibir.

                “Atuk buat ap…” Amir Ikhwan tidak jadi mahu menghabiskan pertanyaannya apabila melihat senyuman lebar atuknya. Dahinya sedikit berkerut dan dia turut berpaling kea rah pandangan atuknya. Bulat matanya tatkala mengetahui bahawa atuknya turut memandang wanita yang sama. Makin berlapis dahi Amir Ikhwan.

                ‘Atuk aku ni dah buang tabiat ke apa benda? Nenek baru ke tu?’ hati Amir Ikhwan sudah berkata-kata. Pelik dia melihat wajah ceria atuk yang seakan mahu pergi dating sahaja lagaknya. Dikerling sekilas atuk dari atas ke bawah. Pakaian kemas seperti biasa. Tidak ada yang istimewa atau pelik dipandangannya dengan pakaian atuk hari ini. Dia berulang kali memandang atuk dan kemudian wanita yang sedang duduk di meja itu.

                Senyuman kecil terbit dibibirnya. ‘Boleh tahan jugak mata atuk ni.’

                Amir Ikhwan mengalihkan pandangan kea rah pembantu peribadi atuknya yang sedang berdiri di belakang Dato’ Hamid. Dia membuat isyarat bertanya mengenai apa yang sedang berlaku tetapi pembantu atuknya itu sekadar tersenyum kecil tanpa memberi apa-apa klu kepada Amir Ikhwan.

                Amir Ikhwan menjegilkan matanya namun masih tidak ada jawapan daripada pemuda yang tidak jauh beza umur dengannya.

                “Am, alang-alang kamu dah ada kat sini, atuk nak kenalkan kamu dengan that beautiful lady,”ujar atuk tiba-tiba sambil tangannya menunjuk kea rah meja yang diduduki wanita muda tersebut. Atuk mula melangkah masuk tanpa menunggu jawapan daripada cucunya. Melopong mulut Amir Ikhwan mendengar kata-kata atuk.

                ‘Another blind date?’ otaknya ligat berfikir. Tanpa melengahkan masa, dia mengejar langkah Dato’ Hamid. Dia tidak suka jika apa yang difikirkan itu adalah benar. Not another blind date. Dia tidak bersetuju.

                “Atuk, please. Jangan bagitau Am yang atuk dah atur another blind date,” ujar Amir Ikhwan sambil membuntuti atuknya. Mukanya sudah berkerut seribu tanda tidak suka dengan idea itu. Namun Dato’ Hamid terus berjalan tanpa menghiraukan pertanyaan cucunya.

                “Assalamualaikum. Cik Dayana Aishah?” sapa Dato’ Hamid kepada wanita yang sedang tenang duduk di situ. Gadis itu kelihatan berpaling sedikit sebelum berdiri dan tersenyum manis sambil menganggukkan kepalanya.

                “Ya saya. Dato’ Hamid kan?” Kali ini Dayana pula yang bertanya untuk memastikan identity lelaki yang sudah lebih separuh abad itu. Dato’ Hamid mengangguk dan mengiyakan. “Jemput duduk Dato’.” Pelawa Dayana tanpa menyedari ada sepasang mata yang dari tadi terpaku melihat kehadiran dirinya di situ.

                Dato’ Hamid mengambil tempat di hadapan Dayana dan diikuti dengan pembantu peribadinya  yang mengambil tempat di sebelah Dato’ Hamid. Dayana bertukar senyuman dengan pemuda itu.

                “Encik Nasrul mana?” soal Dato’ Hamid apabila menyedari hanya Dayana sahaja yang duduk di situ. Tidak ada tanda kehadiran orang lain yang menemani gadis itu.

                “Sekejap lagi dia naik. Tadi cari parking tak jumpa. Dia suruh saya masuk dulu. Risau Dato’ dah tunggu,” jawab Dayana sopan. Dia masih tidak menyedari kehadiran Amir Ikhwan di situ sehingga lah Dato’ Hamid menegur cucunya yang dari tadi tercegat di situ tanpa berkata apa.

                “Am kenapa tercegat kat situ ? Pandang Dayana macam nak makan je,”tegur Dato’ Hamid apabila menyedari cucunya masih berdiri di belakang Dayana sambil mata itu memerhati gadis itu tanpa berkelip. Wujud senyuman kecil dibibir Dato’ Hamid tatkala melihat kelakuan Amir Ikhwan yang kelihatan mempunyai minat terhadap wanita cantik di hadapannya. Mungkin plannya menjadi. Siapa tahu. Makin lebar senyuman orang tua itu.

                Dayana yang mendengar kata-kata Dato’ Hamid kelihatan sedikit terkejut dan turut berpaling ke belakang, mengikut hala pandangan mata orang tua tersebut. Masam terus mukanya apabila melihat wajah Amir Ikhwan memenuhi pandangan. Langsung tidak disangka pemuda itu akan turut serta dengan pertemuan mereka kali ini. Yang dia ketahui pertemuan ini hanya di antara dirinya, Abang Nas dan Dato’ Hamid. Tidak langsung disebut nama Amir Ikhwan dalam senarai tetamu yang akan hadir. Memang tak diundang betul la mamat ni!

                Amir Ikhwan tercengang seketika apabila mendengar teguran atuknya sebelum dia membetulkan diri nya sedikit. Tatkala matanya bertembung dengan sepasang mata galak itu, Amir IKhwan sedikit kaget apabila melihat wajah tegang Dayana yang seakan tidak mengalu-alukan kehadirannya di situ. Namun, Amir Ikhwan mahu buat tidak tahu sahaja. Sudah tidak hairan lagi baginya untuk melihat reaksi Dayana yang sebegitu.

                Senyuman diberi sekadar mahu menyorokkan apa yang terbuku di hati Dayana. “Jemput duduk.” Dayana sekadar berbasi-basi sahaja. Tidak mahu menunjukkan ketegangan yang wujud antara dia dengan Amir Ikhwan.

                Amir Ikhwan tersenyum lebar dan segera mengambil tempat di sebelah kiri Dayana. Namun, baru punggungnya mahu mencecah kerusi, Dayana bersuara perlahan,

“That is Mr Nasrul’s seat. Why don’t you sit sebelah your atuk.” Dayana bersuara perlahan disebalik mulutnya yang berpura-pura senyum. Matanya bulat sambil giginya diketap. Kelakuan Amir Ikhwan terus terhenti. Wajahnya berpaling memandang Dayana sambil mengetap gigi. Geram.

                Tetapi Amir Ikhwan tidak menghiraukan ayat Dayana itu. Dia terus duduk tanpa berfikir panjang. Amir Ikhwan tersenyum kepada Dayana tanda kemenangan. Dayana memandang dengan wajah yang sedikit berkerut. Cuba dikawal agar tidak kelihatan terlalu jelas di pandangan orang lain bahawa hatinya sekarang sedang berasap.

“Sorry for being late.” Suara itu menerbitkan senyuman dibibir Dayana. Terus hilang rasa geramnya kepada Amir Ikhwan. Segera dia berpaling memandang lelaki kacak yang sedang berdiri di sebelah meja yang sedang mereka duduki. Semua mata turut memerhati lelaki yang baru tiba itu. Namun, antara mereka semua hanya Amir Ikhwan yang kelihatan hairan dan tidak selesa dengan kehadiran pemuda tersebut.

“It’s alright. Kitorang pun baru je duduk. Belum sempat order pun,”balas Dato’ Hamid. Abang Nas terus mengambil tempat di sebelah kanan Dayana. Wajahnya kelihatan sedikit berpeluh. Mungkin kerana berkejar ke sini.

“Am, ni Encik Nasrul dan Nas, tu Am,” Dato’ Hamid memperkenalkan dua pemuda itu. Amir Ikhwan sekadar tersenyum namun sedikit kekok. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda kacak yang baru tiba itu. Setahunya, dia belum pernah berjumpa dengan lelaki itu.

“Oh. Ni Am? Nice to meet you.” Abang Nas berkata sambil tersenyum. Dayana yang duduk di tengah antara Abang Nas dan Amir Ikhwan mula merasa tidak selesa apabila merasakan ada pandangan tajam yang sedang merenungnya dari tepi.

“Jadi, mengikut plan yang Dato’ bagi dekat saya haritu, saya dah bincang dengan pengurus projeknya which is this beautiful lady…” Abang Nas berpaling sambil tersengih memandang Dayana yang sudah membulatkan mata memandang abangnya yang sempat lagi main-main ketika penerangan mengenai projek mereka. “…and dia kata ada bahagian design yang dia kena ubah…”

Perbincangan di antara Encik Nasrul dan Dato’ Hamid tidak langsung menarik perhatian Amir Ikhwan. Fikirannya sekarang sedang memikirkan hubungan antara Dayana dan Encik Nasrul. ‘Pasangan kekasih? Tunang? Majikan dengan pekerja?’

Matanya memerhati kelakuan dua orang yang menjadi perhatiannya kini. Hatinya tidak senang apabila melihat kemesraan dan gelak tawa antara dua orang itu. Ada juga sesekali tangan pemuda itu diletakkan dibahu Dayana dan wanita itu lansung tidak membantah. Panas juga hatinya melihat keadaan seperti itu. Namun, tidak apa yang mampu dia buat. Takkan mahu ditolak tangan pemuda itu yang elok mendarat dibahu Dayana?

“Am, hari tu dah jumpa Dee kan? Apa pendapat kamu?” Pertanyaan yang tiba-tiba daripada atuknya membuatkan Amir Ikhwan tersentak seketika. Tangannya yang sedang memotong daging di pinggan terhenti. Dia mengangkat muka memandang atuk. Air liur yang ditelan seakan tersekat dikerongkong.

Dayana di sebelah turut menelan air liur mendengar pertanyaan tersebut. Kunyahannya turut terhenti. Dia mengerling sekilas muka Amir Ikhwan yang juga kelihatan terperanjat dengan soalan tersebut.

                “Err. Hmm. Great.” Pendek jawapan Amir Ikhwan. Dia sedikit tergagap ketika membalas soal tersebut. Dayana tersenyum kelat. ‘Great? Kepala hang!’ kutuk Dayana dalam hati. Amir Ikhwan menoleh untuk melihat riak muka Dayana. Gadis itu membuat muka tanda tidak bersetuju.

                “Itu je? Dee? How about you?” Kini empat pasang mata beralih ke arahnya. Dayana berubah riak sebentar kerana soalan yang tidak dijangka itu dan menghadiahkan senyuman nipis kepada Amir Ikhwan sebelum menjawab. “He’s quite handsome. Dee tak tahu yang atuk ada cucu handsome macam ni,” balas Dayana. Matanya menjeling pemuda disebelah sambil mulutnya tersenyum sumbing. Abang Nas di sebelah sudah ketawa besar mendengar jawapan nakal adiknya.

                Amir Ikhwan yang mendengar turut tersenyum dan terus menyelak rambutnya kebelakang. Dia berdehem beberapa kali tanda menyedari pujian yang diberikan wanita itu. Dayana menjeling lagi pemuda itu. ‘Kau ingat kau tu handsome sangat ke? Jangan nak perasan lebih sangat boleh?’ gerutu Dayana dalam hati.

                “Wow, you tak cakap pun yang I handsome hari tu. I didn’t know you fall in love at the first sight,” balas Amir Ikhwan. Mahu bermain kata. Dayana menjegilkan biji mata kepada lelaki itu tanda geram. Dayana tahu lelaki itu sengaja mahu mengenakan dirinya dengan memanjangkan topic mengenai pertemuan mereka minggu lalu.

                Dayana berpura-pura ketawa. Namun, matanya sengaja dibulatkan tatkala menoleh ke arah Amir Ikhwan. Sakit hati sungguh dia dengan lelaki yang lepas cakap itu.

                Amir Ikhwan tersengih melihat reaksi Dayana. “So, apa kata kita set another date maybe for dinner?” Tiba-tiba atuk bersuara. Ketawa Dayana serta merta hilang. Dia menelan air liur lagi.Matanya terkebil-kebil. Amir Ikhwan di sebelah juga diam tanpa membalas apa-apa.

                “Kenapa? Tak suka ke idea tu?” soal Atuk sambil memandang Dayana dan Amir Ikhwan silih berganti. Abang Nas turut memerhati kedua-dua mereka.

                Dayana dan Amir Ikhwan saling berpandangan. Dayana membuat mimic muka tanda tidak bersetuju. Dia menggelengkan kepalanya perlahan-lahan supaya Amir Ikhwan menolak cadangan tersebut.  Amir Ikhwan mengangkat kening apabila melihat kelakuan Dayana sambil mulutnya tersenyum sinis.

                ‘Baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Nak minta tolong aku ea?’ bisik Amir Ikhwan dalam hati. Amir Ikhwan mengalihkan pandangan kepada atuk. Belum sempat dia membuka mulut, Dayana dulu bersuara.

                “Dee rasa Encik Amir tak suka dengan that idea kan?” ujar Dayana sambil menoleh kepada Amir Ikhwan dengan harapan Amir Ikhwan menganggukkan kepala.

                ‘Sejak bila pulak aku tak suka? Kau yang tak suka tapi nak guna nama aku ea?’ omel Amir Ikhwan dalam hatinya.

                “Sounds good. Am okay dengan idea tu. Not bad kan Cik Dayana?” balas Amir Ikhwan pula. Dayana melopong mendengar jawapan Amir Ikhwan. Giginya diketap kuat. Menahan rasa amarah yang datang. Matanya merenung tajam wajah pemuda yang berada di sebelah.

‘What the hell are you thinking Am?’ jerit Dayana dalam hati. Tidakkkk. Mahu sahaja dia menjerit supaya semua yang berada dimeja itu dengar.

“Apa pendapat Dee?” tanya Abang Nas apabila melihat adiknya senyap tidak bersuara. Dayana berpaling memandang Abang Nas dan berpura-pura senyum supaya Abang Nas tidak menyedari kemarahannya terhadap idea dinner dan juga pemuda yang bernama Amir Ikhwan.

“Idea yang bagus tapi Dee sekarang selalu balik dari office lambat. So, dinner pun lambat,”balas Dayana memberi alasan. Dia berharap atuk dan Abang Nas akan menarik semula cadangan Amir Ikhwan tadi. Sengaja dia memandang sambil mengharapkan simpati.

Amir Ikhwan mengangkat sebelah kening. Tawa yang hampir pecah cuba ditahan. Dia berasa lucu dengan alasan Dayana. ‘Nak lari? Jangan harap!’

“Tak apa. Kalau you risau pasal itu, kita dinner dekat restoran yang dekat dengan office you la,”celah Amir Ikhwan selamba. Dayana menjegilkan mata kepada Amir Ikhwan. Amir Ikhwan menayang muka selamba sambil bersandar di kerusi.

Dayana menghembuskan nafasnya yang sesak. Lelaki itu benar-benar mahu cari gaduh sehingga sanggup membuatkan dirinya tidak boleh menolak cadangan tersebut.

“Okay. Nanti just call me,” akur Dayana perlahan. Dia harus mengalah sebelum perang antara mereka berdua tidak dikesan oleh atuk mahupun Abang Nas. Amir Ikhwan tersenyum kemenangan. Dia harap peluang kedua ini, dia dapat gunakan sepenuhnya untuk memujuk gadis yang keras hati itu.